Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH BURUH (PENGGAJIAN KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA) (SABAH) 2012

Seksyen 5

(1)

Suatu lesen untuk menggaji mana-mana kanak-kanak atau orang muda untuk mengambil bahagian dalam mana-mana hiburan awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 73D Ordinan hendaklah dalam bentuk seperti yang dinyatakan dalam

Jadual.

(2)

Lesen yang disebut di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

bahawa mana-mana persembahan tidak boleh melebihi tempoh tiga jam bagi kanak-kanak atau tempoh empat jam bagi orang muda;

(b)

bahawa mana-mana kanak-kanak atau orang muda tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana persembahan yang membahayakan nyawa, anggota badan, kesihatan atau moral;

P.U. (A) 261 4

(c)

bahawa pemegang lesen hendaklah melaporkan ketibaannya di mana-mana daerah kepada Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat secara bertulis atau bersendirian;

(d)

bahawa pemegang lesen hendaklah mengemukakan kanak-kanak atau orang muda yang digaji di bawah lesen itu di hadapan seorang pegawai perubatan untuk pemeriksaan secara berkala bilamana dikehendaki oleh Pengarah; dan

(e)

bahawa pemegang lesen hendaklah bertanggungjawab ke atas keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak atau orang muda yang digaji di bawah lesen.

(3)

Lesen yang disebut di bawah subkaedah

(1)

hendaklah memperuntukkan—

(a)

bagi bilangan maksimum persembahan yang diberikan dalam mana-mana satu hari atau minggu;

(b)

bagi bilangan maksimum persembahan yang diberikan secara berturut-turut;

(c)

bagi waktu dalam sesuatu hari yang di antaranya seseorang kanak-kanak atau orang muda tidak boleh mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan awam; dan

(d)

bagi tempoh sah lesen.

Kesalahan

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH BURUH (PENGGAJIAN KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA) (SABAH) 2012