Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (BAGI INDIVIDU PEMASTAUTIN YANG BUKAN WARGANEGARA DAN MEMEGANG JAWATAN C SUITE DALAM SUATU SYARIKAT YANG DILULUSKAN) 2023

Seksyen 4

(1)

Individu yang layak boleh memohon insentif di bawah Kaedah-Kaedah ini tertakluk kepada—

(a)

permohonan itu dibuat secara bertulis oleh syarikat yang diluluskan dan diterima oleh

Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia—

(i)

berhubung dengan syarikat yang diluluskan di bawah perenggan 3(a) dan subperenggan 3(b)(i), pada atau selepas 7

November 2020

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2024; atau

(ii)

berhubung dengan syarikat yang diluluskan di bawah subperenggan 3(b)(ii), pada atau selepas 7 November 2020

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022; dan 4

(b)

individu yang layak itu hendaklah tidak pernah diberikan insentif di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, individu yang layak ialah individu pemastautin yang bukan warganegara yang digaji oleh suatu syarikat yang diluluskan dan memegang jawatan C Suite sepanjang tahun taksiran yang ditentukan.

(3)

Bilangan individu yang layak yang disebut dalam subkaedah (2)

bagi setiap suatu syarikat yang diluluskan adalah terhad kepada lima sahaja.

Syarat kelayakan bagi insentif

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (BAGI INDIVIDU PEMASTAUTIN YANG BUKAN WARGANEGARA DAN MEMEGANG JAWATAN C SUITE DALAM SUATU SYARIKAT YANG DILULUSKAN) 2023