Jadual
Jadual 3 kepada Akta, Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai Pendapatan (Elaun Bangunan Industri) (Pulau 1 Zon Kewangan Khas
Forest City) 2025.
(2)
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024.
Tafsiran 2.
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“orang yang layak” ertinya orang yang layak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 3;
“Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City” ertinya Pulau 1, Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan
Pemetaan, Johor.
Orang yang layak 3.
(1)
Orang yang layak ialah—
(a)
orang yang dilesenkan di bawah seksyen 10
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau seksyen 10
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
3
(b)
syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
(c)
pengendali pasaran diiktiraf yang didaftarkan di bawah seksyen 34 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;
(d)
orang berdaftar yang didaftarkan di bawah seksyen 76
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007
selain seorang individu;
(e)
orang yang menyediakan perkhidmatan pasaran modal yang didaftarkan di bawah seksyen 76A Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;
(f)
syarikat dana keluarga tunggal yang ditentusahkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti;
(g)
syarikat teknologi kewangan, syarikat teknologi insurans, syarikat pengawalseliaan teknologi kewangan atau syarikat teknologi kewangan Islam yang dianugerahkan Status MSC
Malaysia atau Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.;
(h)
pengendali sistem pembayaran yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam suatu bidang kuasa asing yang diluluskan di bawah seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengendalikan suatu sistem pembayaran di
Pulau 1
Zon Kewangan Khas Forest City; atau 4
(i)
entiti perkhidmatan berpusat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan global kewangan yang dianugerahkan Status MSC
Malaysia atau Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.
(2)
Orang yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) bukan merupakan orang yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini jika perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian suatu bangunan industri dilakukan oleh orang yang layak itu selepas 31 Disember 2034.
(3)
Syarikat dana keluarga tunggal yang disebut dalam perenggan (1)(f)
ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;
(b)
dimiliki sepenuhnya, secara langsung atau tidak langsung, oleh anggota suatu keluarga tunggal;
(c)
beroperasi di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City; dan
(d)
ditubuhkan semata-mata bagi maksud memegang aset dan aktiviti pelaburan bagi kepentingan anggota suatu keluarga tunggal.
(4)
Bagi maksud kaedah ini, “keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—
(a)
suami atau isteri;
(b)
anak kandung;
5
(c)
anak tiri; dan
(d)
anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis.
Elaun bangunan industri 4.
(1)
Orang yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini layak untuk menuntut elaun bangunan industri sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 80 Jadual 3
kepada Akta jika orang yang layak itu melakukan perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian suatu bangunan industri bagi maksud aktiviti perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Amaun bagi elaun bangunan industri yang disebut dalam subkaedah (1)
adalah bersamaan dengan satu per sepuluh daripada perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian suatu bangunan industri yang dilakukan bagi tahun taksiran itu dan bagi setiap daripada sembilan tahun taksiran yang berikutnya.
Bangunan industri 5.
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, suatu bangunan komersial yang dibina atau dibeli oleh orang yang layak di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City hendaklah disifatkan sebagai bangunan industri bagi maksud Jadual 3 kepada Akta jika—
(a)
orang yang layak itu ialah pemilik bangunan komersial itu; dan
(b)
bangunan komersial itu digunakan oleh orang yang layak itu bagi maksud aktiviti perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Syarat bagi perbelanjaan modal 6.
(1)
Perbelanjaan modal yang disebut dalam subkaedah 4(1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
6
(a)
jika hanya sebahagian daripada bangunan itu digunakan sebagai bangunan industri, perbelanjaan modal yang dilakukan atas pembinaan atau pembelian bahagian yang tidak digunakan sebagai bangunan industri itu hendaklah ditentukan mengikut perenggan 66 Jadual 3 kepada Akta;
(b)
bangunan industri itu hendaklah digunakan bagi maksud aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual;
(c)
jika bangunan industri itu digunakan bagi maksud aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual bersekali dengan aktiviti lain, elaun bangunan industri yang boleh dibenarkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini hendaklah setakat bangunan industri itu digunakan bagi maksud aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam
Jadual; dan
(d)
bangunan industri itu tidak boleh dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian bangunan industri itu dilakukan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
(i)
penjualan, pindah milik atau penyerahan hak bangunan industri itu;
(ii)
perobohan atau pemusnahan bangunan industri itu; atau
(iii)
bangunan industri itu terhenti digunakan bagi maksud
Kaedah-Kaedah ini.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian suatu bangunan industri telah dilakukan jika—
(a)
dalam hal apa-apa perbelanjaan modal dilakukan—
7
(i)
atas pembinaan bangunan industri itu, hari yang perbelanjaan modal itu dilakukan ialah hari yang pembinaan bangunan industri itu selesai; dan
(ii)
atas penyediaan loji atau jentera bagi maksud suatu perniagaan, hari yang perbelanjaan modal itu dilakukan ialah hari yang loji atau jentera itu boleh digunakan bagi maksud perniagaan itu; atau
(b)
dalam apa-apa hal lain, hari yang amaun apa-apa perbelanjaan modal kena dibayar ialah hari yang amaun perbelanjaan modal itu dilakukan.
(3)
Jika perbelanjaan modal yang dilakukan oleh orang yang layak dalam perenggan 2(a) atau (b) adalah bagi maksud aktiviti perniagaan yang belum dimulakan, perbelanjaan modal itu hendaklah disifatkan telah dilakukan pada masa orang yang layak itu mula menjalankan aktiviti perniagaan itu.
Pelupusan bangunan industri 7.
Jika elaun bangunan industri di bawah Kaedah-Kaedah ini telah diberikan kepada orang yang layak dan bangunan industri itu telah dilupuskan—
(a)
dalam tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian bangunan industri itu telah dilakukan, suatu caj imbangan bersamaan dengan elaun bangunan industri itu hendaklah dikenakan terhadap orang yang layak itu bagi tahun taksiran dalam tempoh asas bangunan itu dilupuskan; atau
(b)
selepas tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan modal atas pembinaan atau pembelian bangunan industri itu dilakukan dan pelupusan itu dibuat mengikut perenggan 38 Jadual 3 kepada Akta, perenggan 39 dan 40