Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peruntukan menyifatkan berhubung dengan perjanjian sewa beli
Jika orang yang disebut dalam kaedah 3 melakukan perbelanjaan modal di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pembelian apa-apa kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi maksud perniagaan orang itu―
(a)
orang itu hendaklah dikira sebagai tuan punya kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu; dan
(b)
perbelanjaan modal yang dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah dikira sebagai bahagian modal daripada apa-apa bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran, daripada agregat bayaran yang dibuat oleh orang itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh asas itu.
Elaun permulaan