/akn/my/act/pua/2013/4

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (A)
Status
In force
Enacted
2013
Sections
9

Quick answer

About this p.u. (a)

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 4 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dan perenggan 10 dan 15 Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Elaun Modal Dipercepatkan) (Kelengkapan Kawalan Keselamatan dan Kelengkapan Pemantauan) 2013.

Suggest a correction

(2)

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013 hingga tahun taksiran 2015, kecuali kaedah 7.

Suggest a correction

(3)

Kaedah 7 berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013 hingga tahun taksiran 2017.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Dalam Kaedah-Kaedah ini, “kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan” ertinya kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

Seksyen 3

Pemakaian

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang individu yang bermastautin di Malaysia, berkenaan dengan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh individu itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu sumber yang terdiri daripada suatu perniagaan berhubung dengan pemasangan apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan, selain Global

Positioning System (GPS) dalam butiran 10 Jadual bagi penjejakan

P.U. (A) 4 3

kenderaan, pada mana-mana bangunan berstruktur kekal yang digunakan bagi maksud perniagaan itu; atau

Suggest a correction

(b)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] yang bermastautin di Malaysia, berkenaan dengan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh syarikat itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu sumber yang terdiri daripada perniagaan berhubung dengan pemasangan—

Suggest a correction

(i)

apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan, selain

Global

Positioning System (GPS) dalam butiran 10 Jadual bagi penjejakan kenderaan, bagi suatu kilang syarikat itu dengan syarat bahawa syarikat itu adalah suatu syarikat yang diluluskan di bawah Akta

Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 156];

(ii)

apa-apa sistem penjejakan kenderaan Global Positioning System

(GPS) bagi suatu lori kontena syarikat itu yang mempunyai Lesen

Pembawa A dan suatu lori kargo syarikat itu yang mempunyai

Lesen Pembawa A atau C yang dikeluarkan di bawah Akta

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] yang digunakan bagi maksud perniagaan syarikat itu; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan, selain Global Positioning System (GPS) dalam butiran 10 Jadual bagi penjejakan kenderaan, di kawasan perumahan.

Peruntukan menyifatkan berhubung dengan perjanjian sewa beli

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Jika seseorang individu atau sesuatu syarikat yang disebut dalam kaedah 3

Open as pageSuggest a correction

melakukan perbelanjaan modal di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pemasangan apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan bagi maksud perniagaan individu atau syarikat itu, individu atau syarikat itu hendaklah dikira sebagai tuan punya kelengkapan itu dan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh

P.U. (A) 4 4

individu itu atau syarikat itu bagi kelengkapan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah diambil kira sebagai bahagian modal daripada bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran itu, atas agregat bayaran itu yang dibuat oleh individu atau syarikat itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh itu.

Seksyen 5

Elaun permulaan

Open as pageSuggest a correction

Individu atau syarikat yang disebut dalam kaedah 3 adalah layak untuk mendapat elaun permulaan yang diperuntukkan di bawah perenggan 10 Jadual 3 Akta yang hendaklah bersamaan dengan satu per lima daripada perbelanjaan modal yang dilakukan bagi pemasangan kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan itu.

Seksyen 6

Elaun tahunan

Open as pageSuggest a correction

Individu atau syarikat yang disebut dalam kaedah 3 adalah layak untuk mendapat elaun tahunan yang diperuntukkan di bawah perenggan 15 Jadual 3 Akta yang hendaklah bersamaan dengan empat per lima daripada perbelanjaan modal yang dilakukan bagi pemasangan kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan itu.

Seksyen 7

Ketidakpakaian

Open as pageSuggest a correction

(1)

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang individu atau suatu syarikat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika—

(a)

individu atau syarikat itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

Suggest a correction

(b)

individu atau syarikat itu telah diberikan elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta;

Suggest a correction

(c)

individu atau syarikat telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah seksyen 127 Akta; atau

P.U. (A) 4 5

Suggest a correction

(d)

individu atau syarikat layak bagi elaun pada pecahan yang lebih tinggi di bawah Akta atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika individu atau syarikat yang disebut dalam kaedah 3 menjual, memindah hak, memindah milik, menyerah hak atau memberi hakmilik kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan dengan atau tanpa balasan pada bila-bila masa dalam masa dua tahun dari tarikh pembeliannya, elaun yang telah dibuat di bawah kaedah 5 dan 6 berkenaan dengan kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang individu atau syarikat itu menjual, memindah hak, memindah milik, menyerah hak atau memberi hakmilik kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan itu dengan atau tanpa balasan.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Kaedah 2]

1. Sistem penggera antikecurian

2. Sistem pengesanan gerakan inframerah

3. Siren

4. Sistem kawalan laluan masuk

5. Televisyen litar tertutup

6. Sistem pengawasan video

7. Kamera keselamatan

8. Kamera penerima tanpa wayar

9. Kelengkapan rakaman tertunda dan kelengkapan video pengesanan gerakan

10. Global Positioning System (GPS) bagi penjejakan kenderaan

11. Cermin keselamatan

12. Butang panik

P.U. (A) 4 6

Dibuat 28 Disember 2012

[Perb.CR(8.09)294/6/4-9; LHDN 01/35/(S)/42/51/231-17.10; PN(PU2)80/LXVII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 4 7

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCE)

(SECURITY CONTROL EQUIPMENT AND MONITORING EQUIPMENT) RULES 2013

IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) and paragraphs 10 and 15

of Schedule 3 to the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:

Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (Accelerated Capital

Allowance) (Security Control Equipment and Monitoring Equipment) Rules 2013.

(2)

These Rules have effect from the year of assessment 2013 until the year of assessment 2015, except rule 7.

(3)

Rule 7 has effect from the year of assessment 2013 until the year of assessment 2017.

Interpretation 2.

In these Rules, “security control equipment and monitoring equipment” means the security control equipment and monitoring equipment as specified in the Schedule.

Application 3.

These Rules shall apply to—

(a)

an individual resident in Malaysia, in respect of capital expenditure incurred by such individual in the basis period for a year of assessment from a source consisting of a business in relation to the installation of any security control equipment and monitoring equipment, other than the

Global Positioning System (GPS) in item 10 of the Schedule for vehicle tracking, at any building of permanent structure used for the purpose of that business; or

P.U. (A) 4 8

(b)

a company incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125] which is resident in Malaysia, in respect of capital expenditure incurred by such company in the basis period for a year of assessment from a source consisting of a business in relation to the installation of—

(i)

any security control equipment and monitoring equipment, other than the Global Positioning System (GPS) in item 10 of the

Schedule for vehicle tracking, for a factory of such company provided that such company is a company approved under the

Industrial Co-ordination Act 1975 [Act 156];

(ii)

any Global Positioning System (GPS) for vehicle tracking for a container lorry of such company bearing Carrier Licence A and for a cargo lorry of such company bearing Carrier Licence A or C issued under the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987

[Act 334] used for the business purposes of such company; or

(iii)

any security control equipment and monitoring equipment, other than the Global Positioning System (GPS) in item 10 of the

Schedule for vehicle tracking, in residential areas.

Deeming provision relating to hire purchase agreement 4.

Where an individual or a company referred to in rule 3 incurs capital expenditure under a hire purchase agreement on the installation of any security control equipment and monitoring equipment for the purposes of the business of the individual or the company, such individual or company shall be taken to be the owner of such equipment and the capital expenditure incurred by such individual or company on such equipment in the basis period for a year of assessment shall be taken to be the capital portion of any instalment payment or, where there is more than one such payment, of the aggregate of those payments made by the individual or company under such hire purchase agreement in that period.

P.U. (A) 4 9

Initial allowance 5.

An individual or a company referred to in rule 3 qualifies for the initial allowance provided under paragraph 10 of Schedule 3 to the Act which shall be equal to one-fifth of the capital expenditure incurred for the installation of such security control equipment and monitoring equipment.

Annual allowance 6.

An individual or a company referred to in rule 3 qualifies for the annual allowance provided under paragraph 15 of Schedule 3 to the Act which shall be equal to four-fifth of the capital expenditure incurred for the installation of such security control equipment and monitoring equipment.

Non-application 7.

(1)

These Rules shall not apply to an individual or a company in the basis period for a year of assessment if—

(a)

an individual or a company has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327];

(b)

an individual or a company has been granted reinvestment allowance under Schedule 7A of the Act;

(c)

an individual or a company has been granted any exemption under section 127 of the Act; or

(d)

an individual or a company qualifies for an allowance at a higher fraction under the Act or any rules made under section 154 of the

Act.

(2)

Where an individual or a company referred to in rule 3 sells, conveys, transfers, assigns or alienates the security control equipment and monitoring equipment with or without consideration at any time within two years from the date of purchase of the security control equipment and monitoring equipment, an allowance

P.U. (A) 4 10

made under rules 5 and 6 in respect of such security control equipment and monitoring equipment shall be withdrawn in the basis period for a year of assessment in which such individual or company sells, conveys, transfers, assigns or alienates the security control equipment and monitoring equipment with or without consideration.

Jadual

Suggest a correction

[Rule 2]

1.

Anti-theft alarm system 2.

Infra-red motion detection system 3.

Siren 4.

Access control system 5.

Close circuit television 6.

Video surveillance system 7.

Security camera 8.

Wireless camera transmitter 9.

Time lapse recording and video motion detection equipment

10. Global Positioning System (GPS) for vehicle tracking

11. Safety mirrors

12. Panic buttons

Made 28 December 2012

[Perb.CR(8.09)294/6/4-9; LHDN 01/35/(S)/42/51/231-17.10; PN(PU2)80/LXVII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Second Minister of Finance

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the Income Tax Act 1967]

Common questions

What is KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013?
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 4 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Is KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 still in force?
Yes — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 is currently in force.
When did KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 take effect?
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 was first recorded in 2013.
How many sections does KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 have?
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 contains 7 sections.
Where can I read the official version of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013?
The official text of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 is published at lom.agc.gov.my.
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013 (No. 4)