Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pemakaian
(1)
Kaedah-Kaedah ini terpakai bagi seseorang pemastautin di Malaysia, berkenaan dengan kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas yang dilakukan oleh orang itu bagi maksud perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran mulai tahun taksiran 2018.
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas yang dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran atau tahun-tahun taksiran yang berkenaan hendaklah dianggap dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pada masa perisian komputer yang dibuat khas itu boleh digunakan bagi maksud perniagaannya.
P.U. (A) 274 3
Elaun permulaan