Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL) (KOS PEMBANGUNAN BAGI PERISIAN KOMPUTER YANG DIBUAT KHAS) 2019

Seksyen 6

Ketidakpakaian

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang yang telah melakukan kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika dalam tempoh asas tersebut orang itu layak dan telah menuntut, berkenaan dengan perisian komputer yang dibuat khas itu—

(a)

apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

(b)

apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta;

(c)

apa-apa potongan di bawah seksyen 34A Akta;

(d)

elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta;

(e)

elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada

Akta;

(f)

elaun modal dipercepat di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau

(g)

pengecualian cukai di bawah perenggan 127(3)(b)

atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan pendapatan berkanun orang

P.U. (A) 274 4

itu yang bersamaan dengan sebahagian atau keseluruhan amaun kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas yang dilakukan oleh orang itu.

Pembatalan

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL) (KOS PEMBANGUNAN BAGI PERISIAN KOMPUTER YANG DIBUAT KHAS) 2019