Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Elaun modal
(1)
Seseorang yang merupakan pemastautin di Malaysia dan telah melakukan kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada perniagaannya boleh menuntut elaun modal di bawah Kaedah-Kaedah ini mengikut elaun permulaan di bawah kaedah 4 dan elaun tahunan di bawah kaedah 5.
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas yang dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran atau mana-mana tahun taksiran yang berkaitan hendaklah dianggap telah dilakukan oleh
3
orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pada masa perisian komputer yang dibuat khas itu boleh digunakan bagi maksud perniagaannya.
Elaun permulaan