Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (KEHENDAK BAGI PENANGGUNG INSURANS YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN INSURANS SEMULA) 2018

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud subseksyen 60A(3) Akta, suatu penanggung insurans yang menjalankan perniagaan insurans semula bagi tahun taksiran yang berkaitan hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a)

mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh pekerja sepenuh masa di Malaysia; dan

(b)

melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya empat juta ringgit (RM4,000,000.00) di Malaysia.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), “pekerja sepenuh masa” ertinya pekerja berkemahiran tinggi yang merupakan pengurus, ahli profesional, juruteknik atau ahli profesional bersekutu yang terlibat dalam merumus, merancang, mengelola dan melaksanakan polisi, menjalankan penyelidikan atau menggunakan kaedah saintifik.

3

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

Dibuat 31 Disember 2018

[CR(8.09)294/6/4-18(SJ.5)(2018)JLD.2; PN(PU2)80/XCII]

DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL

Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan

4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (REQUIREMENTS FOR INSURER CARRYING ON RE-INSURANCE BUSINESS)

RULES 2018

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (KEHENDAK BAGI PENANGGUNG INSURANS YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN INSURANS SEMULA) 2018