Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (KOS PENGUBAHSUAIAN DAN PEMBAHARUAN PREMIS PERNIAGAAN) 2020

Seksyen 3

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis perniagaan yang telah dilakukan oleh orang itu mulai 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021 dan digunakan bagi maksud perniagaannya.

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah 3(1)

tertakluk kepada amaun maksimum tiga ratus ribu ringgit.

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (KOS PENGUBAHSUAIAN DAN PEMBAHARUAN PREMIS PERNIAGAAN) 2020