Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016
Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“entiti konstituen” ertinya—
(a)
mana-mana unit perniagaan yang berasingan suatu Kumpulan
MNC yang dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan
Kumpulan MNC itu, atau akan dimasukkan jika kepentingan ekuiti dalam unit perniagaan itu diniagakan di bursa sekuriti awam;
(b)
mana-mana unit perniagaan yang berasingan yang dikecualikan daripada penyata kewangan disatukan
Kumpulan
MNC semata-mata atas alasan saiz atau kepentingan;
(c)
mana-mana establismen tetap mana-mana unit perniagaan yang berasingan
Kumpulan
MNC yang disebut dalam perenggan (a) atau (b), dengan syarat unit perniagaan itu menyediakan penyata kewangan berasingan bagi establismen tetap itu bagi maksud pelaporan kewangan, pengawalseliaan, pelaporan cukai, atau kawalan pengurusan dalaman;
“entiti pelapor”
ertinya syarikat pemegangan muktamad, atau jika perenggan 5(2)(a), (b) atau (c) terpakai, syarikat pemegangan pengganti;
“kumpulan perbadanan multinasional” (selepas ini disebut sebagai “Kumpulan
MNC”) ertinya suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti dalam mana-mana perbadanannya diniagakan di bursa sekuriti awam yang termasuk—
P.U. (A) 357 4
(a)
dua atau lebih perbadanan yang mastautin cukainya adalah dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau
(b)
suatu perbadanan yang bermastautin di Malaysia dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Malaysia;
“Laporan mengikut Negara” ertinya laporan yang disebut dalam kaedah 4;
“Perjanjian Antarabangsa” ertinya—
(a)
Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara
Cukai;
(b)
mana-mana konvensyen cukai dua hala atau pelbagai hala; atau
(c)
mana-mana perjanjian pertukaran maklumat cukai, yang Kerajaan merupakan suatu pihak dan terma-termanya memperuntukkan autoriti undang-undang bagi pertukaran maklumat cukai antara Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia, termasuk pertukaran automatik maklumat itu;
“syarikat pemegangan muktamad” ertinya suatu entiti konstituen suatu
Kumpulan MNC yang memiliki secara langsung atau tidak langsung suatu kepentingan yang mencukupi dalam satu atau lebih entiti konstituen yang lain Kumpulan MNC itu;
“syarikat pemegangan pengganti” ertinya suatu entiti konstituen suatu
Kumpulan MNC yang bermastautin di Malaysia dan dilantik oleh Kumpulan MNC itu sebagai pengganti tunggal bagi syarikat pemegangan muktamad untuk memfailkan
Laporan mengikut Negara di bawah subkaedah 5(2);
P.U. (A) 357 5
“tahun kewangan” ertinya suatu tempoh perakaunan tahunan yang berkenaan dengannya syarikat pemegangan muktamad Kumpulan MNC itu menyediakan penyata kewangannya; dan
“tahun kewangan pelaporan” ertinya tahun kewangan yang keputusan kewangan dan operasinya ditunjukkan dalam Laporan mengikut Negara.
Laporan mengikut Negara