Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016
Seksyen 6
(1)
Mana-mana entiti konstituen suatu Kumpulan MNC yang bermastautin di Malaysia hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis sama ada entiti konstituen itu merupakan syarikat pemegangan muktamad atau syarikat pemegangan pengganti, pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan.
(2)
Jika suatu entiti konstituen Kumpulan MNC yang bermastautin di Malaysia bukan merupakan entiti pelapor, entiti konstituen itu hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis identiti dan mastautin cukai entiti pelapor, pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan.
P.U. (A) 357 8
Masa pemfailan