Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016

Seksyen 8

Penggunaan dan kerahsiaan maklumat Laporan mengikut Negara

(1)

Ketua Pengarah boleh menggunakan Laporan mengikut Negara bagi maksud menaksir risiko penentuan harga pindahan peringkat tinggi dan risiko berkaitan penghakisan asas dan peralihan keuntungan yang lain di Malaysia, termasuklah menaksir risiko ketidakpatuhan oleh entiti konstituen Kumpulan MNC dengan kaedah-kaedah penentuan harga pindahan yang terpakai, dan jika sesuai, untuk analisis ekonomi dan statistik.

(2)

Ketua Pengarah tidak boleh menggunakan Laporan mengikut Negara sebagai pengganti bagi analisis penentuan harga pindahan terperinci bagi maksud pelarasan penentuan harga pindahan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam Laporan mengikut Negara sekurang-kurangnya pada takat yang sama yang akan terpakai sekiranya maklumat itu diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah peruntukan Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara

Cukai.

Dibuat 18 Disember 2016

[Perb.0.6869/47(SJ.16)(SK1); LHDN.01/10.5-1/68.3-45; PN(PU2)80/LXXXV]

DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 357 9

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (COUNTRY-BY-COUNTRY REPORTING) RULES 2016

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016