Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 3
Kaedah 2 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan “kumpulan perbadanan multinasional”
dengan perkataan “Kumpulan MNE”;
(b)
dengan memotong perenggan (a);
(c)
dengan memasukkan perkataan “dan” di hujung perenggan (b);
P.U. (A) 416 3
(d)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) mana-mana entiti konstituennya—
(i)
yang merupakan entiti pemegangan muktamad yang diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan atau disifatkan diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan bermastautin di Malaysia;
(ii)
yang diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan atau disifatkan diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau di bawah undang-undang suatu wilayah di luar Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
(iii)
yang merupakan entiti pemegangan pengganti yang diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan atau disifatkan diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan di bawah
Akta
Syarikat 2016
atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan bermastautin di Malaysia; atau
(iv)
yang merupakan establismen tetap di Malaysia.”; dan
(e)
dengan memotong perenggan (d).
Pindaan kaedah 3