Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 5
Kaedah 4 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan “jika berlainan daripada wilayah bidang kuasa mastautin cukai itu, wilayah bidang kuasa yang di bawah undang-undangnya entiti konstituen itu diuruskan” dengan perkataan “wilayah bidang kuasa yang di bawah undang-undangnya entiti konstituen itu diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan jika ia berlainan daripada wilayah bidang kuasa mastautin cukai itu”;
P.U. (A) 416 5
(b)
dalam subkaedah (2), dengan menggantikan perkataan “Ringgit Malaysia”
dengan perkataan “ringgit Malaysia (RM)”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subkaedah (2) subkaedah yang berikut:
“(2A) Maklumat yang hendak dilaporkan di bawah kaedah ini oleh entiti pelapor hendaklah bermula pada 1 Januari 2017.”.
Pindaan kaedah 6