Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENGELUARAN INVOIS ELEKTRONIK) 2024
Seksyen 2
(1)
Mana-mana orang yang menjalankan transaksi berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mengeluarkan suatu invois elektronik—
(a)
berhubung dengan jualan tahunan melebihi satu ratus juta ringgit, invois elektronik hendaklah dikeluarkan mulai 1 Oktober 2024;
(b)
berhubung dengan jualan tahunan melebihi dua puluh lima juta ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus juta ringgit, invois elektronik hendaklah dikeluarkan mulai 1 Januari 2025; atau
(c)
berhubung dengan jualan tahunan selain yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b), invois elektronik hendaklah dikeluarkan mulai 1 Julai 2025.
P.U. (A) 265 3
(2)
Bagi maksud invois elektronik yang dikeluarkan di bawah subkaedah (1)—
(a)
jika orang itu mempunyai suatu penyata kewangan beraudit, jualan tahunan hendaklah ditentukan berdasarkan pendapatan tahunan yang dinyatakan dalam penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan 2022; atau
(b)
jika orang itu tidak mempunyai suatu penyata kewangan beraudit, jualan tahunan hendaklah ditentukan berdasarkan pendapatan tahunan yang dilaporkan dalam penyata bagi tahun taksiran 2022.
(3)
Walau apa pun subkaedah
(1)
, jika terdapat pertukaran tempoh perakaunan bagi tahun kewangan 2022, jualan tahunan itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
iaitu
A ialah pendapatan tahunan bagi tahun kewangan 2022
B ialah jumlah bulan dalam tempoh perakaunan bagi tahun kewangan 2022
Butir-butir dalam invois elektronik