Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023

Seksyen 10

(1)

Pembayar cukai boleh, atas kos dan perbelanjaan sendiri, mendapatkan khidmat pakar bebas, jika difikirkan perlu oleh pembayar cukai bagi menasihatinya mengenai permohonan untuk perkiraan harga awal.

10

(2)

Pendapat pakar bebas itu tidaklah mengikat pembayar cukai,

Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa.

(3)

Dalam kaedah ini,

“pakar bebas”

ertinya seseorang yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan khusus yang berkaitan dengan sesuatu perkiraan harga awal.

Kesan perkiraan harga awal