Malaysia legislation
Section 23
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 23
Fi dan bayaran lain
(1)
Pembayar cukai hendaklah membayar—
(a)
berkenaan dengan suatu permohonan untuk perkiraan harga awal di bawah kaedah 5—
(i)
fi permohonan yang tidak boleh dibayar balik—
(A)
berjumlah lima ribu ringgit yang hendaklah disertakan bersama dengan permohonan sekiranya permohonan tersebut dibuat dalam tempoh dua bulan selepas penerimaan pemberitahuan di bawah subkaedah 4(4) Kaedah-Kaedah ini; atau
(B)
berjumlah sepuluh ribu ringgit yang hendaklah disertakan bersama dengan permohonan sekiranya permohonan tersebut dibuat selepas dua bulan tetapi dalam tempoh enam bulan selepas penerimaan pemberitahuan di bawah subkaedah 4(4)
Kaedah-Kaedah ini; dan
(ii)
apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah; dan
(b)
berkenaan dengan suatu permohonan untuk pembaharuan perkiraan harga awal di bawah kaedah 20—
(i)
fi permohonan yang tidak boleh dibayar balik berjumlah lima ribu ringgit yang hendaklah disertakan bersama dengan permohonan itu; dan
(ii)
apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
19
(2)
Fi dan bayaran yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah kena dibayar walaupun pembayar cukai menarik balik permohonan itu.
Pembatalan