Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012

Seksyen 10

(1)

Pembayar cukai boleh, atas kos dan perbelanjaan sendiri, mendapatkan khidmat pakar bebas, jika difikirkan perlu oleh pembayar cukai bagi menasihatinya mengenai permohonan untuk perkiraan penentuan harga awal.

8

(2)

Pendapat pakar bebas itu tidaklah mengikat pembayar cukai, Ketua

Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa.

(3)

Dalam kaedah ini, “pakar bebas” ertinya seseorang yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan khusus yang berkaitan dengan sesuatu perkiraan penentuan harga awal.

Kesan perkiraan penentuan harga awal

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012