Malaysia legislation
Section 14
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012
Seksyen 14
(1)
Jika pembayar cukai telah membuat suatu perkiraan penentuan harga awal, pembayar cukai itu hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu laporan pematuhan untuk setiap tahun taksiran tempoh yang diliputi dan laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang membentuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Laporan pematuhan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah termasuk perkara yang berikut:
(a)
suatu salinan penyata kewangan teraudit yang berkaitan bagi pembayar cukai dan, dalam hal Perkiraan Penentuan Harga Awal
Dua Hala atau Perkiraan Penentuan Harga Awal Pelbagai Hala, suatu penyata yang sama oleh orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi itu;
(b)
suatu laporan transaksi yang diliputi yang berkaitan dan amaun yang dikehendaki dilaporkan masing-masing oleh pembayar cukai dan, dalam hal Perkiraan Penentuan Harga Awal Dua Hala atau
Perkiraan Penentuan Harga Awal Pelbagai Hala, suatu laporan yang sama oleh orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi itu;
(c)
suatu perihalan tentang apa-apa perubahan yang material dalam kaedah atau prinsip perakaunan kewangan atau cukai yang digunakan berkenaan dengan transaksi yang diliputi yang
10
berlainan daripada kaedah atau prinsip yang dinyatakan dalam perkiraan penentuan harga awal, dan jika tidak ada apa-apa perubahan yang material, suatu penyataan yang mengesahkan keadaan itu;
(d)
suatu perihalan tentang apa-apa kegagalan dan sebab bagi kegagalan itu untuk memenuhi suatu andaian kritikal dan jika tidak ada apa-apa kegagalan, suatu penyataan yang mengesahkan keadaan itu;
(e)
suatu analisis tentang apa-apa pelarasan ganti rugi yang dikehendaki di bawah perkiraan penentuan harga awal, dan cara bayaran berkaitan yang telah atau akan dibuat;
(f)
semua maklumat dan pengiraan bagi menyokong pemakaian metodologi penentuan harga pindahan bagi transaksi yang diliputi;
(g)
dokumen yang berkaitan dengan hal keadaan tertentu pembayar cukai dan orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi;
(h)
semua maklumat lain yang berkaitan dan pengiraan bagi menyokong pemakaian metodologi penentuan harga pindahan bagi transaksi yang diliputi; dan
(i)
dokumen lain yang mungkin berkaitan dengan hal keadaan tertentu pembayar cukai dan orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi itu.
Pelarasan ganti rugi