Malaysia legislation
Section 18
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012
Seksyen 18
(1)
Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membatalkan suatu perkiraan penentuan harga awal di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
jika mana-mana orang dalam transaksi yang diliputi berkenaan dengan perkiraan itu gagal untuk mematuhi mana-mana terma atau syarat perkiraan penentuan harga awal itu;
(b)
jika mana-mana orang dalam transaksi yang diliputi berkenaan dengan perkiraan itu membuat kesilapan atau kesalahan dalam permohonan, laporan atau pengemukaan pembaharuan perkiraan penentuan harga awal;
12
(c)
jika mana-mana orang dalam transaksi yang diliputi berkenaan dengan perkiraan itu gagal untuk menyediakan maklumat, dokumentasi dan laporan pematuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Kaedah-Kaedah ini; atau
(d)
jika perkiraan penentuan harga awal yang telah dinilai semula itu tidak dimuktamadkan.
(2)
Pembayar cukai boleh memohon kepada Ketua Pengarah bagi pembatalan perkiraan penentuan harga awal atas alasan yang munasabah.
(3)
Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa hendaklah memberitahu pembayar cukai atau Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain tentang pembatalan itu secara bertulis dan alasan bagi pembatalan itu.
(4)
Pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa pada permulaan tempoh asas bagi tahun taksiran yang berkaitan dengan hal keadaan yang diperuntukkan dalam subkaedah (1) dan (2).
Pemansuhan perkiraan penentuan harga awal