Malaysia legislation
Section 20
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012
Seksyen 20
(1)
Pembayar cukai boleh meminta Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa
Berwibawa untuk memperbaharui suatu perkiraan penentuan harga awal tidak lewat dari enam bulan sebelum tamatnya perkiraan itu dengan mengemukakan dokumen sokongan yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki bagi permintaan dan permohonan perkiraan itu.
(2)
Perkiraan penentuan harga awal boleh diperbaharui di bawah terma dan syarat yang serupa jika—
(a)
tiada perubahan dalam fakta dan hal keadaan yang menjadi dasar perkiraan penentuan harga awal;
(b)
andaian kritikal yang dikenal pasti oleh pembayar cukai di bawah kaedah 9 masih sah dan berkaitan; dan
(c)
pembayar cukai telah mematuhi terma dan syarat perkiraan penentuan harga awal terdahulu.
(3)
Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa hendaklah memberitahu pembayar cukai tentang keputusannya berkenaan dengan permintaan itu secara bertulis dan alasan bagi keputusan itu.
(4)
Pembayar cukai boleh memfailkan suatu permohonan baru bagi perkiraan penentuan harga awal jika—
(a)
transaksi yang diliputi telah berubah;
(b)
terdapat perubahan yang material dan dijangka berlaku dalam fakta dan hal keadaan transaksi yang diliputi; atau
(c)
metodologi penentuan harga pindahan yang berbeza dicadangkan.
14
Kerahsiaan maklumat