Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“metodologi penentuan harga pindahan” ertinya metodologi yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Harga Pindahan) 2012
[P.U. (A) 132/2012];
“pembayar cukai” ertinya orang yang boleh ditaksirkan dan dikenakan cukai di bawah Akta;
“perkiraan penentuan harga awal” ertinya suatu perkiraan yang dibuat untuk menentukan lebih awal suatu set kriteria yang sesuai untuk memastikan harga pindahan selengan bagi suatu transaksi yang diliputi;
“Perkiraan Penentuan Harga Awal Dua Hala” dan “Perkiraan Penentuan Harga
Awal Pelbagai Hala” ertinya perkiraan penentuan harga awal yang diperuntukkan di bawah seksyen 132 Akta;
4
“Perkiraan Penentuan Harga Awal Sehala” ertinya perkiraan penentuan harga awal yang diperuntukkan di bawah seksyen 138C Akta;
“Pihak Berkuasa Berwibawa” ertinya Pihak Berkuasa Berwibawa yang dirujuk dalam apa-apa perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta;
“tempoh yang diliputi” ertinya tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang diliputi di bawah perkiraan penentuan harga awal;
“transaksi yang diliputi” ertinya transaksi rentas sempadan yang diliputi dalam perkiraan penentuan harga awal.