Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016
Seksyen 3
(1)
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“Institusi Kewangan Pelapor” ertinya mana-mana Institusi Kewangan yang bermastautin di Malaysia (kecuali mana-mana cawangan Institusi Kewangan tersebut yang terletak di luar Malaysia) dan mana-mana cawangan suatu Institusi Kewangan yang tidak bermastautin di Malaysia jika cawangan itu terletak di Malaysia;
“Perkiraan” ertinya—
(a)
Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara Cukai;
P.U. (A) 355 3
(b)
Perjanjian Multilateral Pihak Berkuasa Berwibawa bagi Pertukaran
Automatik Maklumat Akaun Kewangan; dan
(c)
apa-apa perkiraan dengan wilayah bidang kuasa yang menyertai untuk menambah baik pematuhan cukai antarabangsa melalui
(i)
apa-apa konvensyen cukai dua hala atau pelbagai hala;
(ii)
apa-apa perjanjian pihak berkuasa berwibawa dua hala atau pelbagai hala; atau
(iii)
apa-apa perjanjian pertukaran maklumat percukaian;
“Standard” ertinya Standard Pelaporan Bersama (yang termasuk Ulasan) yang diluluskan oleh
Majlis
Pertubuhan
Pembangunan dan
Kerjasama
Ekonomi pada 15 Julai 2014, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.
(2)
Perkataan dan ungkapan yang tidak ditakrifkan dalam Kaedah-Kaedah ini hendaklah mempunyai pengertian yang sama dengan pengertian yang diberikan kepadanya dalam Standard.
Kewajipan usaha wajar