Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Pindaan Jadual 2

Cukai

Pendapatan

(Pertukaran

Automatik

Maklumat

Akaun Kewangan) 2016 [P.U. (A) 355/2016] dipinda dengan menggantikan Jadual 2

dengan jadual yang berikut:

“JADUAL 2

[Perenggan 4(4)(b)]

Akaun Dikecualikan

Bagi maksud Standard, Akaun Dikecualikan adalah suatu akaun depositori yang dorman

(selain Kontrak Anuiti)—

(a)

dengan baki tidak melebihi USD1,000.00;

(b)

jika pemegang akaun tidak pernah memulakan transaksi berkenaan dengan akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh tiga tahun terdahulu;

(c)

jika pemegang akaun tidak berhubung dengan Institusi Kewangan Pelapor mengenai akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh enam tahun terdahulu; dan

P.U. (A) 267 3

(d)

berhubung dengan Kontrak Insurans Nilai Tunai, jika Institusi Kewangan Pelapor tidak berhubung dengan pemegang akaun mengenai akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan

Pelapor dalam tempoh enam tahun terdahulu.”.

Dibuat 28 Ogos 2020

[Perb.MOF.TAX(S)700-12/5/5; PN(PU2)491/IV]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 267 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION)

(AMENDMENT) RULES 2020

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) (PINDAAN) 2020