Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi syarikat yang layak di
Malaysia daripada perniagaannya bagi suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (2) yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas itu bagi mengendalikan skim latihan itu.
(2)
Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) untuk setiap skim latihan ialah—
(a)
elaun latihan bulanan yang tidak kurang daripada satu ribu ringgit yang dibayar kepada pelatih untuk tempoh maksima selama dua belas bulan;
(b)
perbelanjaan yang dilakukan bagi latihan yang disediakan kepada pelatih;
(c)
perbelanjaan yang dilakukan bagi elaun makanan, perjalanan dan tempat tinggal kepada pelatih semasa menjalani skim latihan itu;
dan
(d)
fi yang dibayar kepada seseorang yang telah dilantik untuk mengendalikan latihan kemahiran insaniah di bawah skim latihan itu.
(3)
Jumlah amaun potongan yang boleh dibenarkan di bawah perenggan (2)(b), (c) dan (d) bagi setiap pelatih hendaklah tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap skim latihan.
(4)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun belanja pasti dan perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
P.U. (A) 260 4
(5)
Bagi maksud melayakkan untuk potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, syarikat yang layak yang menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan surat daripada Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa—
(a)
skim latihan itu telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang mana tarikh kelulusan itu bermula dari 1 Jun 2012 hingga 31 Disember 2016;
dan
(b)
pelaksanaan skim latihan itu hendaklah dimulakan dalam masa dua belas bulan dari tarikh kelulusan oleh Unit Perancang
Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Dibuat 29 Julai 2013
[Perb. 0.3865/457; LHDN 01/35/(S)/42/51/231; PN(PU2)80/LXXI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 260 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR TRAINING COSTS UNDER SKIM LATIHAN 1MALAYSIA
FOR UNEMPLOYED GRADUATES) RULES 2013