Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“kos penempatan semula” ertinya kos penempatan semula ditetapkan dalam Jadual bagi Kaedah-Kaedah ini;
“penempatan semula” ertinya memindahkan kesemua atau sebahagian operasi perniagaan syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee dari luar Malaysia ke Tun
Razak Exchange atau dari tempat lain di Malaysia ke Tun Razak Exchange;
“syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee” ertinya—
(a)
institusi berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989
[Akta 372] yang menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
P.U. (A) 30 3
(b)
syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553] yang menjalankan perniagaan insurans atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(c)
syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]
yang menjalankan perniagaan perbankan Islam atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(d)
syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312] yang menjalankan perniagaan takaful atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;
(e)
syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
(f)
seorang, selain daripada individu, yang merupakan orang berdaftar di bawah seksyen 76 atau 76A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan diluluskan oleh Menteri;
Tun Razak Exchange