Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PENGANGKUTAN) (PINDAAN) 2013

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Bagi Kos Pengangkutan) 1990

[P.U. (A) 422/1990] dipinda dalam kaedah 4 dengan menggantikan kaedah 4 dengan kaedah yang berikut:

“4.

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini―

“barang-barang rotan dan kayu” tidak termasuk kayu gergaji dan veneer;

“kos pengangkutan” ertinya bayaran pengangkutan laut atau bayaran pengangkutan udara yang dilakukan oleh seseorang bagi mengeksport barang-barang rotan dan kayu yang dikilang oleh orang itu dari mana-mana pelabuhan atau lapangan terbang di Malaysia ke pelabuhan atau lapangan terbang di negara terakhir dituju di luar Malaysia bagi maksud pengeksportan itu, tetapi tidak termasuk kos pengangkutan yang dilakukan bagi pengangkutan dari kilangnya ke mana-mana pelabuhan atau lapangan terbang di Malaysia atau dari mana-mana pelabuhan atau lapangan terbang di negara terakhir dituju di luar Malaysia ke mana-mana destinasi dalam negara itu.”.

P.U. (A) 54 3

Dibuat 14 Februari 2013

[Per.0.3865/453(SK.1); LHDN.01/35/(S)/42/51/286-16; PN(PU2)80/LXVII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 54 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTIONS FOR FREIGHT CHARGES) (AMENDMENT) RULES 2013

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PENGANGKUTAN) (PINDAAN) 2013