Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM SYARIKAT BERSTATUS BIONEXUS) 2016
Seksyen 4
(1)
Potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
orang yang layak telah mengemukakan permohonan kepada Menteri melalui Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd.
P.U. (A) 306 5
bagi kelulusan untuk membuat pelaburan dalam suatu syarikat berstatus BioNexus pada atau selepas 1 Januari 2016 dan permohonan itu telah diluluskan oleh Menteri;
(b)
jika orang yang layak merupakan suatu syarikat, tiada syarikat lain yang merupakan syarikat berkaitan kepada syarikat itu yang telah dibenarkan potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini atau
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam
Syarikat Berstatus BioNexus) 2007 [P.U. (A) 373/2007];
(c)
jika orang yang layak itu merupakan seorang individu—
(i)
hanya tiga permohonan boleh dibenarkan bagi tujuan kelulusan potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini;
(ii)
setiap kelulusan hendaklah diberikan berkenaan dengan pelaburan yang dibuat dalam tiga aktiviti yang berbeza bagi perniagaan baharu iaitu pertanian, penjagaan kesihatan atau perindustrian; dan
(iii)
pelaburan hendaklah dibuat dalam syarikat berstatus BioNexus yang apa-apa modal berbayarnya tidak dimiliki oleh—
(A)
suami atau isteri kepada individu itu;
(B)
abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu;
(C)
ibu atau bapa, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu;
P.U. (A) 306 6
(D)
anak, termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, kepada individu itu;
(E)
datuk, nenek atau cucu, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu;
(F)
suami atau isteri kepada mana-mana individu yang disebutkan dalam subsubperenggan (B); atau
(G)
bapa saudara, emak saudara atau sepupu, kepada individu itu atau kepada suami atau isteri individu itu; dan
(d)
jika permohonan untuk membuat pelaburan oleh seorang individu telah diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat Berstatus BioNexus) 2007, kelulusan di bawah Kaedah-Kaedah ini hanya boleh diberikan berkenaan dengan aktiviti selain aktiviti yang diluluskan di bawah
Kaedah-Kaedah itu tertakluk kepada syarat yang dinyatakan dalam kaedah ini.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2
Akta
Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327].
Pemberhentian potongan