Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN GAJI MINIMUM) 2014

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan bagi orang yang layak itu suatu potongan ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang layak itu, yang bersamaan dengan amaun yang dinyatakan dalam subkaedah (2), bagi membayar gaji minimum kepada pekerjanya antara bulan

Januari 2014 hingga Disember 2014 dalam tempoh asas itu bagi tahun taksiran itu.

(2)

Amaun yang disebut dalam subkaedah (1) ialah amaun perbezaan antara amaun gaji minimum yang dibayar oleh orang yang layak kepada pekerjanya bagi bulan

Januari 2014 dengan amaun gaji yang dibayar oleh orang yang layak itu kepada pekerja yang sama bagi bulan Disember 2013.

(3)

Orang yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—

(a)

suatu perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan yang bermastautin di Malaysia, yang di akhir tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

P.U. (A) 206 3

(i)

mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi dua ratus orang; atau

(ii)

mencapai jualan tahunan tidak melebihi lima puluh juta ringgit;

(b)

suatu perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan dan sektor yang lain yang bermastautin di Malaysia, yang di akhir tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(i)

mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi tujuh puluh lima orang; atau

(ii)

mencapai jualan tahunan tidak melebihi dua puluh juta ringgit;

(c)

suatu koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502] dan bermastautin di Malaysia; atau

(d)

suatu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan bermastautin di Malaysia.

(4)

Pekerja yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—

(a)

seorang pekerja sepenuh masa;

(b)

seorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya dengan orang yang layak bermula sebelum 1 Januari 2014 dan pekerja itu bekerja dengan orang yang layak antara tempoh 1 Januari 2014

hingga 31 Disember 2014;

(c)

seorang pekerja yang amaun gaji yang diterima sebelum 1 Januari 2014 kurang daripada gaji minimum; dan

P.U. (A) 206 4

(d)

seorang pekerja yang bukan pekhidmat domestik sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265], seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan seksyen 2 Ordinan

Buruh Sarawak [Bab 76].

(5)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah tambahan kepada potongan berhubung dengan pembayaran gaji pekerja yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta.

(6)

Bagi maksud kaedah ini—

“gaji” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732];

“gaji minimum” ertinya amaun gaji minimum bulanan yang diperuntukkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 [P.U. (A) 214/2012];

“kontrak perkhidmatan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011;

“pekerja” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Dibuat 1 Julai 2014

[Perb.CR(8.09)681/2-61(SJ.66);LHDN.01/35/(S)/42/51/231-17.15; PN(PU2)80/LXXV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 206 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE IN RELATION TO

MINIMUM WAGES) RULES 2014

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN GAJI MINIMUM) 2014