Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“perbelanjaan yang layak” ertinya perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang layak sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah 5;
“keluaran kraf tangan” ertinya—
(a)
produk hiasan songket tenun;
(b)
produk hiasan tembikar;
(c)
produk pinggan mangkuk berasaskan seramik;
(d)
produk hiasan berasaskan mengkuang;
(e)
produk hiasan batik;
P.U. (A) 222 3
(f)
produk hiasan berasaskan kayu atau buluh dan tidak termasuk perabot;
dan
(g)
produk hiasan piuter;
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah