Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS) 2025

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana dalam tempoh asas itu berhubung dengan ESG seperti yang berikut:

(a)

perbelanjaan bagi pelaporan ESG yang dilakukan oleh suatu institusi kewangan yang diselia oleh Bank Negara atau suatu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi—

(i)

pengesahan, penentusahan dan perakuan penggunaan amalan ESG, pengiraan dan pengesanan pelepasan gas rumah hijau, dan pendedahan ESG;

(ii)

langganan sistem teknologi atau perisian bagi pengumpulan data, mengesan penggunaan metrik ESG, pengurusan risiko, analisis keadaan dan pengiraan pelepasan gas rumah hijau;

(iii)

pembinaan keupayaan termasuk latihan, pendidikan dan pembangunan kemahiran bagi pekerja; dan

(iv)

khidmat pakar perunding atau pakar bidang untuk menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (i) hingga (iii);

P.U. (A) 193 5

(b)

perbelanjaan yang dilakukan oleh suatu syarikat atau syarikat Labuan bagi—

(i)

menyediakan pelaporan sebagaimana yang dikehendaki di bawah garis panduan bagi Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai

Korporat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan melantik penyemak semula bebas untuk menjalankan penilaian kajian semula pematuhan garis panduan bagi

Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat itu; atau

(ii)

menyediakan dokumentasi harga pindahan semasa; atau

(c)

fi perundingan yang dilakukan oleh suatu perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana bagi pembangunan perisian yang dibuat khas bagi pelaksanaan invois elektronik dalam suatu perniagaan dan mendapatkan perkhidmatan penyedia perkhidmatan luar tetapi tidak termasuk—

(i)

apa-apa perbelanjaan yang dibuat di peringkat perancangan atau prosedur awal bagi penyediaan perisian yang dibuat khas itu; dan

(ii)

apa-apa fi perundingan yang berhubungan dengan pengeluaran suatu invois elektronik melalui

Portal MyInvois.

(2)

Perbelanjaan di bawah subperenggan (1)(b)(i) hendaklah tertakluk kepada syarikat atau syarikat Labuan itu mendapat suatu perakuan pematuhan garis panduan bagi Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat itu.

(3)

Jumlah perbelanjaan bagi potongan di bawah subkaedah (1) tidak boleh melebihi lima puluh ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.

P.U. (A) 193 6

Ketidakpakaian