Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi syarikat induk—
(a)
yang diperbadankan atau disifatkan didaftarkan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(b)
yang bermastautin di Malaysia;
(c)
yang melibatkan diri dalam sektor pengilangan atau perkhidmatan berkaitan pengilangan;
(d)
yang memegang suatu lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan suatu lesen pengilangan yang dikeluarkan oleh kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri, jika berkenaan;
P.U. (A) 172 3
(e)
yang telah beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh enam bulan;
(f)
yang menyertai Program Pembangunan Vendor Industry4WRD;
(g)
yang menandatangani memorandum persefahaman dengan kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri di bawah Program Pembangunan Vendor
Industry4WRD dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021; dan
(h)
yang memenuhi syarat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam
Garis Panduan Bagi Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor
Industry4WRD yang dikeluarkan atau disemak semula oleh kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri dan diluluskan oleh Menteri.
Program Pembangunan Vendor Industry4WRD