Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR INDUSTRY4WRD) 2022

Seksyen 4

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat induk daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan suatu amaun bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat induk itu untuk melaksanakan aktiviti yang berikut berhubung dengan Program Pembangunan Vendor Industry4WRD dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu:

(a)

aktiviti berhubung dengan pembangunan produk iaitu peningkatan kualiti produk, inovasi produk atau penyelidikan dan pembangunan;

(b)

aktiviti berhubung dengan peningkatan keupayaan iaitu program pensijilan, program penilaian atau rekayasa semula proses perniagaan; atau

P.U. (A) 172 5

(c)

aktiviti berhubung dengan modal insan iaitu latihan kemahiran teknikal, sistem pengurusan kejat, amalan pengurusan kewangan atau peningkatan kapasiti.

(2)

Amaun perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentusahkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri dan jumlah amaun perbelanjaan itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit bagi setiap tahun taksiran.

(3)

Amaun perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) itu hendaklah tidaklah termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas loji, jentera, lekapan, tanah, premis, bangunan, struktur atau kerja yang bersifat tetap atau atas perubahan, penambahan atau perluasan ke atasnya atau dalam pemerolehan apa-apa hak dalam atau atas mana-mana harta, yang dilakukan oleh syarikat induk itu.

(4)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang perbelanjaan pertama yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dilakukan.

Dibuat 11 Mei 2022

[Perb.CR(8.20)116/1-138(2019)(SJ.11); PN(PU2)80/JLD. 106]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 172 6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE IN RELATION TO INDUSTRY4WRD

VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME) RULES 2022

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR INDUSTRY4WRD) 2022