Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN YURAN KESETIAUSAHAAN DAN YURAN PEMFAILAN CUKAI) 2020

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang berikut:

(a)

yuran kesetiausahaan yang dikenakan berkenaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan yang diberikan oleh seorang setiausaha syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016

[Akta 777] untuk mematuhi kehendak statutori di bawah Akta itu, yang dilakukan dan dibayar oleh orang itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

yuran pemfailan cukai yang dikenakan oleh—

(i)

seseorang ejen cukai yang diluluskan di bawah Akta berkenaan dengan penyediaan dan pengemukaan penyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud

P.U. (A) 162 3

seksyen 77, 77A, 77B, 83 dan 86 Akta bagi tempoh asas bagi tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran itu atau penyediaan dan pengemukaan borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 107C Akta;

(ii)

seseorang yang memberikan perkhidmatan berkenaan dengan penyediaan dan pengemukaan penyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 26

Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806];

(iii)

seseorang yang memberikan perkhidmatan berkenaan dengan penyediaan dan pengemukaan penyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 26

Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807];

(iv)

seseorang yang memberikan perkhidmatan berkenaan dengan penyediaan dan pengemukaan penyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 19

Akta Levi Pelepasan 2019 [Akta 813]; atau

(v)

seseorang yang memberikan perkhidmatan berkenaan dengan penyediaan dan pengemukaan penyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 19

Akta Cukai Pelancongan 2017 [Akta 791], yang dilakukan dan dibayar oleh orang itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan ini tertakluk kepada amaun maksimum lima belas ribu ringgit untuk suatu tahun taksiran.

P.U. (A) 162 4

Pembatalan