Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN FI FRANCAIS) 2012

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini―

“cap” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 4

Akta Francais 1998 [Akta 590];

“fi francais”

ertinya fi yang dibayar oleh orang yang layak kepada pemberi francais bagi hak untuk menggunakan cap, rahsia dagangan, maklumat sulit, harta intelektual atau sistem francais yang dimiliki oleh pemberi francais itu mengikut terma suatu perjanjian francais tetapi tidak termasuk bayaran royalti atau bayaran berkala yang lain;

“jenama francais tempatan” ertinya suatu cap dagangan atau cap perkhidmatan yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] oleh seorang pemberi francais yang perniagaan francaisnya didaftarkan di bawah seksyen 6 Akta Francais 1998;

“orang yang layak” ertinya seseorang yang bermastautin di Malaysia yang merupakan pemegang francais dalam maksud seksyen 4 Akta Francais 1998;

P.U. (A) 76 3

“pemberi francais” ertinya pemberi francais dalam maksud seksyen 4 Akta

Francais 1998 yang memiliki sepenuhnya jenama francais tempatan dan berhubungan dengan suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus modal saham terbitan syarikat itu dimiliki oleh warganegara Malaysia;

“perniagaan francais” ertinya perniagaan yang dijalankan oleh orang yang layak menggunakan jenama francais tempatan;

“royalti”

mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN FI FRANCAIS) 2012