Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN ATAU PENAWARAN SUKUK PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB) 2017

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang diluluskan atau

P.U. (A) 221 3

dibenarkan oleh, atau diserah simpan dengan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671].

(2)

Subkaedah

(1)

terpakai bagi

Sukuk

Pelaburan

Mampan dan

Bertanggungjawab yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur menurut garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang sembilan puluh peratus daripada hasil yang diperoleh daripada terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan

Mampan dan Bertanggungjawab itu digunakan semata-mata bagi maksud membiayai

Projek Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang disebut dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(3)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan atau penawaran Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab itu.

Ketidaklayakan untuk mendapat potongan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN ATAU PENAWARAN SUKUK PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB) 2017