Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan ke atas Terbitan Sukuk Agro) 2013.
(2)
Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013
hingga tahun taksiran 2015.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan ke Atas Terbitan Sukuk Agro) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 305 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
P.U. (A) 305
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN
(POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN
SUKUK AGRO) 2013
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON
ISSUANCE OF AGRO SUKUK) RULES 2013
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 305 2
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS
TERBITAN SUKUK AGRO) 2013
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan ke atas Terbitan Sukuk Agro) 2013.
Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013
hingga tahun taksiran 2015.
Potongan
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan Sukuk Agro yang diluluskan atau dibenarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671].
Sukuk Agro yang disebut dalam subkaedah (1)—
mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada takrif “sukuk”
dalam Garis Panduan Sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Sekuriti menurut seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007;
adalah apa-apa sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan mengikut prinsip Musyarakah, Mudharabah, Wakalah bi al-Istithmar dan
Ijarah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Garis Panduan
Sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti menurut seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
P.U. (A) 305 3
yang tujuh puluh peratus daripada hasil yang diperoleh daripada terbitan atau penawaran sukuk digunakan bagi maksud seperti yang berikut:
membiayai perniagaan dalam sektor pertanian (kecuali modal kerja);
Sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan mengikut prinsip Wakalah bi al-Istithmar yang disebut dalam perenggan (2)(b) hendaklah terdiri daripada komponen campuran hutang dan aset.
Perniagaan dalam sektor pertanian yang disebut dalam perenggan (2)(c)
ertinya suatu perniagaan yang menjalankan operasi atau aktiviti perniagaan berhubungan dengan perkara yang berikut:
pengkulturan, penanaman, penuaian atau pemeliharaan kelapa sawit, getah, padi, buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa, tebu, teh, bunga, lada atau koko;
pengkulturan, pembiakan, pemeliharaan atau penangkapan ikan atau lain-lain haiwan akuatik; dan
pengkulturan, penanaman, penuaian atau pemeliharaan lain-lain tanaman.
P.U. (A) 305 4
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)
hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini.
Ketidaklayakan untuk mendapat potongan
Suatu syarikat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran tidak layak mendapat potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini jika bagi tahun taksiran itu syarikat itu telah membuat tuntutan bagi suatu potongan bagi perbelanjaan ke atas terbitan sukuk seperti yang dinyatakan di bawah subkaedah 2(1), di bawah mana-mana
Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta.
Dibuat 23 September 2013
[Perb. CR(8.20) 116/1-138 (2013) Jld.2 (SK.10); PN(PU2)80/LXXII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 305 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON ISSUANCE OF AGRO SUKUK)
RULES 2013
Opening note
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for
Expenditure on Issuance of Agro Sukuk) Rules 2013.
These Rules shall have effect from the year of assessment 2013 until the year of assessment 2015.
Deduction 2.
For the purpose of ascertaining the adjusted income of a company resident in Malaysia from its business in the basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for expenditure incurred by the company on the issuance of an Agro Sukuk approved or authorized by the Securities Commission under the
Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671].
The Agro Sukuk referred to in subrule (1)—
has the same meaning assigned to the definition of “sukuk” in the
Guidelines on Sukuk issued by the Securities Commission pursuant to section 377 of the Capital Markets and Services Act 2007;
shall be any sukuk issued or offered in accordance with the principles of Musyarakah, Mudharabah, Wakalah bi al-Istithmar and Ijarah as provided in the Guidelines on Sukuk issued by the
Securities
Commission pursuant to section 377
of the
Capital Markets and Services Act 2007; and
P.U. (A) 305 6
in which seventy percent of proceeds raised from the issuance or offering of the sukuk are used for the following purposes:
funding a business in the agriculture sector (excluding working capital);
The sukuk issued or offered in accordance with the principle of Wakalah bi al-Istithmar referred to in paragraph (2)(b) shall consist of a mixed component of debt and assets.
A business in the agriculture sector referred to in paragraph (2)(c) means a business of conducting operations or business activity in relation to the following:
cultivating, planting, harvesting or nurturing oil palm, rubber, paddy, fruits, vegetables, coconut, sugarcane, tea, flowers, pepper or cocoa;
The total amount of deduction allowed under subrule (1) shall be equivalent to twice the amount of expenditure allowed under these Rules.
P.U. (A) 305 7
Disqualification from deduction 3.
A company in the basis period for a year of assessment shall not qualify for the deduction under these Rules where for that year of assessment the company has made a claim for a deduction for expenditure on the issuance of sukuk referred to in subrule 2(1), under any Rules made under section 154 of the Act.
Made 23 September 2013
[Perb. CR(8.20) 116/1-138 (2013) Jld.2 (SK.10); PN(PU2)80/LXXII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.