Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK DAN SUKUK RUNCIT YANG DISTRUKTUR MENURUT PRINSIP WAKALAH) 2021

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan sebagai potongan suatu amaun bersamaan dengan jumlah amaun yang dinyatakan dalam subkaedah (5) atau (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan perbelanjaan atau perbelanjaan tambahan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan—

(a)

sukuk yang distruktur menurut prinsip Wakalah yang terdiri daripada komponen gabungan aset dan hutang—

(i)

yang diluluskan atau dibenarkan oleh, atau diserah simpan dengan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; atau

P.U. (A) 5 3

(ii)

yang diluluskan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan 1996 [Akta 545]; dan

(b)

sukuk runcit yang distruktur menurut prinsip Wakalah yang terdiri daripada komponen gabungan aset dan hutang, yang diluluskan atau dibenarkan oleh

Suruhanjaya

Sekuriti

Malaysia di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(2)

Perbelanjaan tambahan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—

(a)

fi profesional yang berhubungan dengan usaha wajar, penggubalan dan penyediaan prospektus;

(b)

kos percetakan prospektus;

(c)

kos pengiklanan prospektus;

(d)

fi pendaftaran prospektus Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

(e)

fi pemprosesan dan fi penyenaraian permulaan Bursa Malaysia;

(f)

fi pengkreditan terbitan baharu Bursa Malaysia; dan

(g)

fi pengagihan utama.

(3)

Sukuk runcit yang disebut dalam perenggan (1)(b) ialah apa-apa sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah suatu sukuk yang suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sukuk dibuat kepada pelabur runcit.

P.U. (A) 5 4

(4)

Pelabur runcit yang disebut dalam subkaedah

(3)

ialah mana-mana orang selain—

(a)

Bank Negara Malaysia yang disebut dalam Akta Bank Negara

Malaysia 2009 [Akta 701];

(b)

orang yang kepadanya suatu penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK DAN SUKUK RUNCIT YANG DISTRUKTUR MENURUT PRINSIP WAKALAH) 2021