Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA) 2021

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu bagi sewaan premis bagi tujuan penginapan pekerja dalam tempoh mulai dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022.

(2)

Jumlah amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi setiap syarikat.

(3)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta.

(4)

Penginapan pekerja yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah penginapan yang diperakukan dengan Perakuan Penginapan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, tetapi tidak termasuk penginapan bagi pengarah.

Dibuat 21 Disember 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/195; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-105; PN(PU2)80/JLD.104]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON PROVISION

OF EMPLOYEES’ ACCOMMODATION) RULES 2021

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA) 2021