Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) 2019

Seksyen 4

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas itu untuk menjalankan suatu program latihan yang diluluskan.

(2)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah seperti yang berikut:

(a)

elaun latihan bulanan sekurang-kurangnya lima ratus ringgit yang dibayar kepada pelajar;

(b)

perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan latihan kepada pelajar; dan

(c)

perbelanjaan yang dilakukan bagi makanan, perjalanan dan penginapan pelajar semasa program latihan itu.

(3)

Jumlah amaun perbelanjaan di bawah perenggan (2)(b) dan (c) yang dibenarkan bagi setiap pelajar hendaklah tidak melebihi lima ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.

5

(4)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali ganda amaun perbelanjaan yang dilakukan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

(5)

Bagi maksud kelayakan bagi potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, orang yang layak yang menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan surat daripada

Talent Corporation Malaysia Berhad yang mengesahkan bahawa program latihan yang dijalankan ialah suatu program latihan yang diluluskan.

Dibuat 30 Disember 2019

[CR(8.20)116/1-138(2017)(SJ.2)(SK.2); LHDN.A.Y.A.600-12/1/7(29)-20;

PN(PU2)80/XCVI]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE INCURRED FOR PROVISION OF

APPROVED INTERNSHIP PROGRAMME) RULES 2019

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) 2019