Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI SUMBANGAN KEPADA KUMPULAN WANG PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2011

Seksyen 3

Potongan

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (2) dan (3), bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang pemegang lesen yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya menyediakan perkhidmatan dinamakan bagi suatu tempoh asas suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan suatu potongan suatu amaun yang bersamaan dengan amaun sumbangan yang dibuat oleh pemegang lesen kepada

Kumpulan Wang PPS, dalam tempoh asas bagi tahun taksiran tersebut.

(2)

Bagi potongan di bawah subkaedah (1), pemegang lesen hendaklah mendapatkan penentusahan daripada Suruhanjaya menetapkan―

(a)

amaun sumbangan yang dikehendaki dibayar; dan

(b)

tarikh sumbangan itu kena dibayar.

(3)

Jika seseorang pemegang lesen membuat sumbangan yang dikehendaki kepada Kumpulan Wang PPS dalam dua jumlah ansuran yang sama banyak dan ansuran kedua jatuh dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berikutnya tahun taksiran yang pemegang lesen itu membuat ansuran pertama, ansuran kedua itu hendaklah dibenarkan sebagai potongan dalam tahun taksiran yang berikutnya itu.

Dibuat 15 April 2011

[Perb. (8.09)248/40/7-1665(SK. 2); LHDN 01/35/(S)/42/51/286; PN(PU2)80/LXI]

DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 158 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR CONTRIBUTION TO UNIVERSAL SERVICE PROVISION

FUND) RULES 2011

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI SUMBANGAN KEPADA KUMPULAN WANG PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2011