Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
“belanja pasti atau perbelanjaan” ertinya perbelanjaan bagi jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta;
“bukan ahli”, berhubung dengan suatu kumpulan orang, ertinya orang yang tidak berhak untuk mengundi dalam suatu mesyuarat agung kumpulan itu di mana kawalan berkesan dijalankan terhadap hal ehwalnya;
“elaun modal” ertinya elaun modal yang dibuat di bawah Jadual 3 Akta berkenaan dengan aset yang diguna sama oleh ahli dan bukan ahli suatu orang;
“orang” ertinya suatu kumpulan orang yang mengendalikan suatu kelab, persatuan atau institusi serupa yang kepadanya seksyen 53A Akta adalah terpakai.
P.U. (A) 360 3