Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“bulan yang layak”
ertinya bulan
Januari tahun 2021
hingga
Disember tahun 2021;
“tuan tanah” ertinya mana-mana orang yang menyewakan suatu premis perniagaan kepada penyewa;
“penyewa” ertinya seorang pemastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan di suatu premis perniagaan;
“premis perniagaan” ertinya premis yang digunakan oleh penyewa hanya bagi maksud perniagaannya dan termasuk suatu lot bazar, gerai, parkir kenderaan, gudang penyimpanan atau mana-mana tempat yang digunakan hanya bagi maksud perniagaan.
P.U. (A) 354 3