Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“bulan yang layak” ertinya bulan April tahun 2020 hingga Disember tahun 2021;
“tuan tanah” ertinya mana-mana orang yang menyewakan suatu premis perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana;
“perusahaan kecil dan sederhana” ertinya suatu perusahaan kecil dan sederhana yang bermastautin di Malaysia dan diperakui sebagai suatu perusahaan kecil dan sederhana oleh SME Corp. Malaysia;
“premis perniagaan” ertinya premis yang digunakan oleh perusahaan kecil dan sederhana hanya bagi maksud perniagaannya dan termasuk suatu lot bazar, gerai, parkir kenderaan, gudang penyimpanan atau mana-mana tempat yang digunakan hanya bagi maksud perniagaan;
P.U. (A) 353 3
“SME
Corp.
Malaysia”
ertinya
Perbadanan
Perusahaan
Kecil dan
Sederhana Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 [Akta 539].