Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SEKATAN KE ATAS KEBOLEHPOTONGAN FAEDAH) 2019
Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bantuan kewangan”, “perbelanjaan faedah” dan “transaksi terkawal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 140C Akta;
“cukai-EBITDA” ertinya suatu amaun yang ditentukan di bawah kaedah 5;
“EBITDA” ertinya pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan.