Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF KHAS NEGERI KELANTAN) (EKSEKUTIF C-SUITE) 2025
Seksyen 6
(1)
Kadar cukai pendapatan yang dikenakan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran yang ditentukan atas pendapatan kena cukai bagi individu yang diluluskan ialah lima belas peratus.
(2)
Pendapatan kena cukai bagi individu yang diluluskan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
P.U. (A) 270 5
A
XC
B iaitu
A ialah pendapatan berkanun individu yang diluluskan daripada pengambilan kerja dengan orang yang diluluskan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam tahun taksiran yang ditentukan;
B ialah pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam tahun taksiran yang ditentukan; dan
C ialah pendapatan kena cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam tahun taksiran yang ditentukan.
(3)
Dalam hal taksiran bersama di bawah subseksyen 45(2) Akta, pendapatan agregat yang disebut dalam subkaedah (2) hendaklah termasuk pendapatan daripada isteri atau suami, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Jika pendapatan kena cukai individu yang diluluskan itu telah ditentukan di bawah subkaedah (2), apa-apa lebihan pendapatan kena cukai hendaklah dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran itu di bawah Bahagian I Jadual 1 kepada Akta pada kadar yang sepatutnya terpakai bagi pendapatan kena cukai seolah-olah individu yang diluluskan itu bukan individu yang diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Tahun taksiran yang ditentukan