Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SUKUK BERKAITAN PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB) 2024

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu atas terbitan atau penawaran Sukuk Berkaitan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab—

(a)

yang diluluskan atau dibenarkan oleh, atau diserah simpan dengan,

Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; dan

(b)

yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur mengikut garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007.

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

P.U. (A) 415 3

A – B = C iaitu

A ialah amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu atas terbitan atau penawaran Sukuk Berkaitan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab;

B ialah amaun yang dikecualikan di bawah subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan suatu pemberian untuk membiayai perbelanjaan kajian semula luaran bagi terbitan atau penawaran Sukuk Berkaitan

Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab; dan

C ialah jumlah amaun potongan yang dibenarkan.

(3)

Mana-mana syarikat yang telah membuat tuntutan bagi suatu potongan bagi perbelanjaan atas terbitan atau penawaran Sukuk Berkaitan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran tidak layak mendapat potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran itu.

(4)

Bagi maksud kaedah ini—

“perbelanjaan kajian semula luaran” ertinya suatu perbelanjaan yang dilakukan oleh suatu syarikat atas terbitan atau penawaran Sukuk Berkaitan Pelaburan

Mampan dan Bertanggungjawab—

(a)

untuk melantik penyemak semula luaran bagi maksud menilai dan menyediakan suatu laporan mengenai kepatuhan syarikat itu dengan kehendak di bawah garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 sebelum terbitan

P.U. (A) 415 4

Sukuk Berkaitan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab itu dibuat; dan

(b)

untuk melantik pegawai penentusahan yang bebas untuk menyediakan suatu laporan penentusahan bagi maksud pemantauan tahap prestasi syarikat itu berkenaan dengan sasaran prestasi kemampanan bagi setiap petunjuk prestasi utama selepas terbitan Sukuk Berkaitan Pelaburan Mampan dan

Bertanggungjawab itu dibuat;

“syarikat”

ertinya suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau

Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441].

Dibuat 11 Disember 2024

[Perb. MOF.TAX(S) 700-3/1/613; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-358; PN(PU2)80/JLD.113]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 415 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (SUSTAINABLE AND RESPONSIBLE INVESTMENT LINKED SUKUK)

RULES 2024

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SUKUK BERKAITAN PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB) 2024