Malaysia legislation
Section 11
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PENDAFTARAN PEMBEKAL) 2023
Seksyen 11
(1)
Nama dan maklumat pembekal hendaklah disingkirkan daripada daftar jika—
(a)
pembekal tidak membaharui sijil pendaftaran itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam kaedah 7;
(b)
Suruhanjaya membuat keputusan untuk tidak membaharui sijil pendaftaran itu; atau
(c)
Suruhanjaya membuat keputusan untuk membatalkan sijil pendaftaran di bawah kaedah 9.
(2)
Jika sijil pendaftaran itu disingkirkan daripada daftar di bawah perenggan 1(a) atau (b), pembekal hendaklah—
(a)
berhenti membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan mulai tarikh penyingkiran dari daftar; dan
(b)
mengalihkan atau menarik balik semua risalah, bahan dan iklan mengenai pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan
P.U. (A) 390 10
oleh pembekal dalam tempoh tujuh hari mulai tarikh penyingkiran dari daftar.
(3)
Pembekal yang tidak mematuhi subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak lebih daripada lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Sijil pendaftaran tidak boleh diserahhakkan atau dipindahmilikkan