Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PENDAFTARAN PEMBEKAL) 2023
Seksyen 7
(1)
Pembekal berdaftar boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga bulan sebelum sijil pendaftaran itu habis tempoh, mengemukakan suatu permohonan bagi pembaharuan sijil pendaftaran berserta dengan apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya secara bertulis.
(2)
Apabila menerima permohonan di bawah subkaedah (1), Suruhanjaya boleh, setelah mempertimbangkan permohonan itu—
P.U. (A) 390 5
(a)
meluluskan permohonan itu tertakluk kepada apa-apa perubahan, pembatalan atau pengenaan syarat tambahan; atau
(b)
menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan penolakan secara bertulis.
Perubahan maklumat pembekal